Monday 30 December 2013

MALAM PERASMIAN UKHUWAH HARMONY CAWKEL

Ukhuwah Harmoni adalah sebuah syarikat yang menguruskan mengenai umrah dan upah haji ke tanah haram.Syarikat ini mula bertapak di Melaka beberapa tahun yang lalu.Pada akhir tahun 2013,Ukhuwah Harmoni berjaya membuka cawangannya di Kelantan di bawah pimpinan Cikgu Zaid dan Puan Rokiah.Pada 2 Disember 2013,cawangan syarikat ini dirasmikan dengan cemerlang atas persetujuan CEO Ukhuwah Harmoni yang datang ke Kelantan bersama rombongannya sebuah bas.Lokasi cawangannya bertapak di Pasir Hor berdekatan dengan Sekolah kebangsaan Pasir Hor.




Majlis itu dilaksanakan di bangunan Wisma Al-Amin pada waktu malam.Malam itu merupakan hari sebelum pertandingan akhir bola sepak, perlawanan Kelantan dengan Pahang dan kami menjangkakan jumlah tetamu yang hadir ke majlis ini adalah sedikit kerana berkemungkinan semua penyokong akan bertolak ke stadium bukit Jalil untuk menyaksikan pertandingan yang berlangsung secara live.Tetapi yang berlaku adalah yang sebaliknya.Tetamu hadir yang berbondong-berbondong yang tidak dijangkakan kami menyebabkan makanan yang disediakan habis dengan cepat dan tempat menjadi sesak dan kekurangan tempat duduk.

Kemuncak majlis pada malam itu diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada rombongan adik-adik ukhwah harmoni yang menyajikan persembahan dan qasidah. Melihat raut wajah para tetamu malam itu yang ceria menggambarkan kejayaan majlis pada malam tersebut. 





Insya Allah Ukhwah Harmony cawangan Kelantan ini akan dapat membina tapak yang kukuh di negeri ini.

No comments:

Post a Comment